PM Li: Kerjasama China, AS Berpotensi Besar

2022-03-11 14:39:38  CRI
Share with:

Kerjasama antara China dan Amerika Syarikat (AS) mempunyai potensi besar apabila jumlah dagangan dua negara melebihi USD750 bilion pada 2021, menokok hampir 30 peratus berbanding tahun sebelumnya.


Perdana Menteri Li Keqiang berkata percanggahan pendapat antara China dan AS tidak dapat dielakkan susulan adanya perbezaan besar dalam sistem sosial, sejarah dan budaya serta fasa pembangunan, namun kerjasama tetap merupakan arus perdana.


Walaupun wujud persaingan pasaran dalam sektor ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara, namun ia patut secara sihat dan adil.


China bersedia terus berkolaborasi dengan AS demi faedah bersama, ujarnya.