Sesi NPC,CPPCC Dipuji Diplomat Asing

2022-03-12 15:11:48  CRI
Share with:

Sidang ke-5 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-13 China telah menutup tirainya di Beijing pada Jumaat.


Diplomat asing beberapa negara dan petugas pertubuhan antarabangsa menyanjung tinggi persidangan tahunan NPC dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) yang membawa isyarat positif kepada masyarakat antarabangsa.


Mereka sependapat bahawa sesi NPC dan CPPCC memperlihatkan keazaman dan keyakinan China dalam menempuh jalan pembangunan sendiri.


Komitmen China untuk terus mengintensifkan pembaharuan bukan sekadar dapat memastikan kemakmuran dan kestabilannya sendiri, malah menyumbang kepada pembangunan dunia. 


Timbalan Duta Maldives, Sobah Rasheed dalam satu temu bual menyifatkan perjemputan diplomat asing ke sesi NPC dan CPPCC turut mencerminkan keterbukaan dan ketelusan kerajaan China dalam proses membuat keputusan.


“Resolusi yang diluluskan sempena NPC dan CPPCC bukan hanya menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi China, malah signifikan bagi ekonomi global.


"Sesi tahunan itu juga penting bagi mengekalkan kestabilan masyarakat, menjamin kesejahteraan rakyat, dan membantu pemulihan daripada impak pandemik COVID-19,” katanya.


Sementara itu, Setiausaha Pertama Kedutaan Indonesia di China, Yudho Priambudi memberitahu bahawa beliau lebih menumpukan bagaimana China mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi, menggalakkan pembangunan teknologi hijau dan mengawal pertumbuhan populasi pada tahun ini.