Penjaga Hutan Kesepian di Fujian

2022-03-12 12:11:05  CRI
Share with:

Huang Qiushui, 59, ialah seorang penjaga hutan di kaunti Anxi, provinsi Fujian di tenggara China. Huang datang ke Padang Hutan Fengtian di sini sejak padang itu ditubuhkan pada tahun 1978.


Dalam lebih 40 tahun lalu, Huang telah menanam pokok di kawasan seluas 660 hektar. Selain menanam pokok, Huang juga terlibat dalam kerja meronda di gunung, memadamkan kebakaran dan menjaga hutan. 

Huang mendapat gelaran-gelaran seperti 'Teladan Pekerja Penghijauan Kebangsaan' dan 'Pengawal Hutan Cemerlang Kebangsaan' kerana kerjanya yang rajin.

Konsep 'air jernih dan gunung hijau bagaikan gunung emas dan perak' diamalkan di serata China pada masa ini bagi memperkasakan perlindungan alam sekitar dan ekologi demi membangunkan China yang indah.

12 Mac ini ialah Hari Menanam Pokok Kebangsaan China ke-44. Statistik terkini menunjukkan, keluasan penanaman pokok di seluruh negara ini merekodkan 3.6 juta hektar, padang rumput yang diubahsuai mencatat 3.06 juta hektar, manakala kawasan penggurunan yang berjaya terkawal mencatat 1.44 juta hektar.