BOCOG: Sukan Olimpik dan Paralimpik Sama Gemilang

2022-03-13 15:18:26  CRI
Share with:

Komitmen China bahawa Olimpik dan Paralimpik sama gemilang dikotakan apabila acara pertandingan diadakan dengan jayanya, serentak pelbagai aktiviti budaya berwarna-warni.


Demikian kata Presiden Jawatankuasa Penganjur Beijing untuk Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022 (BOCOG), Cai Qi dalam taklimat media hari ini.


Menurut beliau, teknologi definisi ultra tinggi 4K buat pertama kalinya digunakan sepanjang proses penyiaran temasya tersebut.


Selain itu, pihak penganjur juga memperkasa kerjasama dengan media pelbagai negara dalam membuat liputan tentang larian obor, upacara pembukaan dan penutupan serta acara-acara lain.


Tambah beliau, kontinjen China telah menyertai semua jenis sukan. Pelbagai acara pertandingan yang diadakan dengan sungguh menarik, turut mempamerkan semangat ketabahan atlet para.