Paralimpik Beijing 2022 Raih Penghargaan
Jawatankuasa Penganjur Beijing untuk Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022 menyiapkan tugas yang luar biasa hingga meraih penghargaan daripada pelbagai pihak.
Demikian ujar Presiden Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) Andrew Parsons dalam sidang media di Beijing pada Sabtu.
Beliau berkata, berdasarkan maklum balas daripada atlet para, kontinjen, persatuan antarabangsa acara pertandingan dan pengamal media, jawatankuasa penganjur Beijing mempamerkan prestasi cemerlang dalam pengendalian temasya.
Parsons berpendapat, kerja pengendalian pertandingan mencapai matlamat yang ditentukan, sekali gus menjadi penanda aras untuk penganjuran temasya berkenaan kelak.
Menurutnya, Paralimpik Beijing disertai 46 negara dan wilayah, satu pencapaian mengagumkan, yang menyaksikan semakin ramai atlet muda membutirkan pingat.
Tambah beliau lagi, IPC juga optimis terhadap Paralimpik Beijing yang bakal merekodkan prestasi tontonan cemerlang, selepas kerja mengumpul data siap.