Pujian Atlet terhadap Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing

2022-03-14 15:24:41  CRI
Share with:

Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2022 sudah berakhir. Temasya sukan anjuran Beijing ini telah mendapat pujian daripada atlet pelbagai negara.

Atlet snowboard China, Ji Lijia berkata, beliau berasa bangga dapat beraksi dalam Sukan Paralimpik di tanah air sendiri. Menurut Ji, waktu yang tidak dapat dilupakannya ialah malam terakhir sebelum bermulanya pertandingan. Jurulatih Ji menggalakkannya dengan berkata, “Awak adalah yang paling unggul di mata saya. Saya yakin pada awak.”

Atlet snowboard Amerika Syarikat (AS), Mike Miner menyatakan bahawa beliau merasakan terwujudnya tenaga positif yang kuat sepanjang berlangsungnya temasya sukan kali ini. Inilah kali pertama beliau melawat China, dan beliau berharap agar melawat ke negara ini lagi pada masa depan. Rakyat China sangat ramah dan mesra.


Atlet snowboard dari Finland, Matti Sairanen pula menyatakan beliau tidak akan melupakan masa beraksi dalam Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing, dan menyatakan pasti akan melawat ke China lagi jika ada peluang pada masa akan datang.