Produk Uji Diri Antigen COVID-19 Catat 10 Jenis

2022-03-14 14:01:47  CRI
Share with:

Terdapat lima  jenis lagi produk uji diri antigen koronavirus baharu diluluskan permohonan  pendaftarannya oleh Jabatan Pentadbiran Produk Perubatan Kebangsaan China (NMPA)  Ahad lalu, sekali gus menjadikan jumlah jenis produk seumpama itu meningkat  kepada sepuluh.

Dimaklumkan,  mereka yang mendapati positif setelah menjalani ujian diri seharusnya segera  membuat laporan kepada majlis pengurusan komuniti yang bertugas menghubungi  pusat perubatan kecemasan, lalu mengikuti panduan pemindahan berkenaan  dikejarkan ke hospital untuk menjalani ujian nukleik  asid.