Usaha Bendung Pandemink COVID-19 Diperkasa di Provinsi Jilin

2022-03-14 11:15:16  CRI
Share with:

Pegawai pelbagai peringkat dituntut bertindak segera untuk membendung penularan wabak COVID-19 dan mewujudkan kes jangkitan tempatan sifar seawal mungkin bagi menjamin keselamatan kesihatan rakyat serta memastikan kehidupan dan pengeluaran berjalan lancar di provinsi Jilin.

Naib Perdana Menteri China, Sun Chunlan berkata demikian ketika mengadakan tinjauan di provinsi itu pada Ahad.

Ketika memberi panduan terhadap usaha pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19, dan beramah mesra dengan pengamal perubatan, khalayak ramai dan petugas barisan hadapan,Sun berkata, penularan wabak menjadi kritikal  di provinsi Jilin pada masa sekarang.

"Dengan ini, daya menyaring dan mengesan perlu ditingkatkan dalam usaha mencegah dan mengawal penularan wabak, kuarantin perlu dijalankan terhadap individu yang berisiko tinggi, manakala pesakit-pesakit perlu dihantar ke hospital khas. Selain itu, kerja seperti urus tadbir, perkhidmatan, bantuan  kemanusiaan juga perlu dijalankan dengan baik," katanya.