Nilai Tambahan Industri China Tingkat 7.5% Dua Bulan Pertama 2022

2022-03-15 13:28:35  CRI
Share with:

Dalam sidang media hari  ini, Jabatan Penerangan Dewan Negara memaklumkan bahawa pada Januari dan  Februari 2022, nilai tambahan industri China yang mempunyai saiz yang tertentu  meningkat 7.5% berbanding tempoh yang sama tahun lepas, dan indeks pengeluaran  sektor perkhidmatan seluruh negara meningkat 4.2%.  

Sementara itu, jumlah jualan runcit barang penggunaan masyarakat mewujudkan pertambahan sebanyak 6.7%,  menokok RMB7.4 trilion (RM4.9 trilion).

Jumlah keseluruhan import  eksport kargo menyaksikan peningkatan sebanyak 13.3%, dengan mencatat RMB6.2  trilion (RM4.1 trilion), antaranya jumlah eksport meningkat 13.6%, dengan  mencecah RMB3.5 trilion (RM2.3 trilion), sedangkan jumlah import meningkat  12.9%, mencatat RMB2.7 trilion (RM1.8  trilion).

Pada tempoh yang sama,  sebanayk 1.63 juta peluang kerja telah disediakan.