China Bantah Berita Palsu daripada AS

2022-03-15 14:00:20  CRI
Share with:

Menurut jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian, baru-baru ini, pihak Amerika Syarikat (AS) menyebarkan maklumat palsu tentang China yang melibatkan isu Ukraine secara berturut-turut.

Menurut laporan terbabit, terdapat pegawai AS yang menyebut bahawa pihak Rusia sudah mengeluarkan permohonan bantuan ketenteraan kepada China. Selain itu, penasihat keselamatan negara AS, Jake Sullivan menyatakan bahawa pihaknya sedang memberikan perhatian kepada tahap sokongan China terhadap Rusia yang berbentuk wang atau barangan,  malah sudah menerangkan kepada China tentang kesannya yang akan dihadapi jika membantu Rusia mengelakkan sekatan.  

Sehubungan itu, Zhao dalam sidang media semalam menyatakan bahawa China sentiasa berdasarkan sikap yang objektif dan adil berinisiatif membuat keputusan menurut kebenaran. Sebarang maklumat palsu yang cuba menafikan usaha China, memutarbelitkan kesediaan China dan memburukkan nama China adalah untuk memindahkan pertentangan, mencetuskan perlawanan dan mengaut keuntungan sendiri. Lakuan AS yang menghindari tanggungjawab itu sama sekali tidak menjaga asas moral. Sekatan tidak pernah terbukti sebagai cara yang berkesan untuk menyelesaikan masalah. China menentang  sekatan unilateral dan kehakiman ‘lengan panjang’ yang dilakukan oleh AS dalam sebarang bentuknya, dan akan berusaha memastikan hak dan kepentingan yang sah milik syarikat dan individu China terjamin.