Isu Penting yang Dibincangkan dalam Pertemuan Pegawai China-AS

2022-03-15 14:43:23  CRI
Share with:

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) merangkap Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Hubungan Luar Jawatankuasa Pusat PKC, Yang Jiechi bertemu dengan Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS), Jake Sullivan di Rom, Itali Isnin lalu.

Menyentuh apa isyarat yang ditunjukkan dalam pertemuan kedua-dua pegawai tersebut yang diadakan pada saat ini, Naib Presiden Eksekutif Institut Pengajian Antarabangsa China, Ruan Zongze menganggap bahawa pertemuan kali ini adalah untuk melaksanakan konsensus penting yang dicapai Presiden kedua-dua negara dalam telesidang yang diadakan pada bulan November tahun lalu, dan sekali lagi bertukar-tukar pendapat mengenai hubungan dua hala dan isu antarabangsa dan serantau.

Menurut Ruan, dari perbincangan Presiden kedua-dua negara pada tahun lalu hingga sekarang, AS bukan sahaja jauh dari menunaikan janjinya termasuk tidak melakukan perang dingin baharu, malah juga memilih mendorong pelaksanaan strategi Indo-Pasifik dengan cepat yang menyasarkan China.
Presiden Joseph Biden pernah berjanji tidak menyokong “kemerdekaan Taiwan”, tetapi tetap memilih meningkatkan perhubungan rasmi dengan Taiwan dan menambah penjualan senjata kepada Taiwan. Lakuannya jelaslah membelakangi prinsi “Satu China”. China dalam pertemuan tersebut mengeluarkan tuntutan supaya AS kembali ke landasan yang betul yang berpandukan tiga pengumuman bersama antara kedua-dua negara.