Kerjasama Kapal Selam Nuklear AUKUS Tumpuan IAEA

2022-03-16 12:14:30  CRI
Share with:

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA)  menetapkan satu topik perbincangan yang tunggal secara rasmi dalam sidang  majlisnya pada Mac berhubung kerjasama kapal selam nuklear AUKUS (Australia,  Britain, Amerika Syarikat), memperlihatkan keprihatinan masyarakat antarabangsa terhadap isu tersebut yang sepatutnya tidak boleh diabaikan tiga negara  terbabit.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian semalam.

Menurut beliau, China telah menyarankan untuk  membentuk satu suruhanjaya khas yang melibatkan kesemua negara anggota IAEA  untuk mengadakan perbincangan mendalam berhubung isu tersebut dari segi politik,  perundangan dan teknikal, dan kemudian menyerahkan satu laporan yang berkaitan  dengan hasilnya. Sebelum kata sepakat dicapai, AUKUS dikehendaki tidak  mengadakan kerjasama kapal selam nuklear, sedangkan Sekretariat IAEA tidak  semestinya menampil untuk mengikuti keputusan suatu negara anggotanya dan  merunding dengan AUKUS secara sepihak.

China menyeru kesemua negara anggota IAEA  mengadakan perbincangan substantif bagi menjaga sistem kawalan senjata nuklear  demi kedamaian serta keamanan antarabangsa.