“Kuliah Tiangong” Disiapkan untuk Kali Kedua

2022-03-16 13:09:41  CRI
Share with:

"Kuliah Tiangong" akan diadakan untuk kali  kedua dalam masa terdekat. Demikian maklum dari Pejabat Kejuruteraan Angkasa  Lepas Bermanusia China (CMSEO) semalam.

Untuk rekod, "cikgu" Zhai Zhigang, Wang Yaping  dan Ye Guangfu pernah berinteraksi dengan guru dan pelajar di Bumi dalam kuliah  pertama yang diadakan pada 9 Disember 2021. 'Bersyarah dari angkasa lepas'  terbukti berhasil dalam membantu golongan belia mendekati misi penerbangan  angkasa lepas bermanusia, dan merangsangkan keghairahan khalayak ramai untuk  menginsafi misteri dan mempelajari pengetahuan penerbangan angkasa  lepas.

Isi kandungan 'Kuliah Tiangong' kedua adalah  direka bentuk berdasarkan cadangan yang dipungut dari khalayak ramai, dengan  merujuk kepada keadaan kelengkapan dalam stesen angkasa lepas China.