AS Digesa Buka Bio-makmal di Ukraine Untuk Siasatan Bebas

2022-03-15 13:59:38  CRI
Share with:

China menggesa Amerika Syarikat (AS) membuka makmal senjata biologinya di Ukraine untuk siasatan bebas dijalankan pakar antarabangsa serta menghentikan tindakan secara sepihak  yang menghalang penubuhan mekanisme pemantauan dalam kerangka Konvensyen Senjata Biologi (BWC).

Jurucakap Kementerian Luar China Zhao Lijian berkata demikian pada sidang media Selasa lalu.

“Menurut maklumat yang sudah didedahkan, terdapat puluhan bio-makmal di Ukraine yang beroperasi di bawah perintah Jabatan Pertahanan AS yang bertangungjawab terhadap bajet operasinya sebanyak USD200 juta (RM840.4 juta) lebih.

 “Bukti yang disediakan pihak Rusia menunjukkan cubaan AS untuk memperoleh kaedah pengeluaran senjata kimia biologi melalui ujian terhadap hubungan antara penghijrahan burung dengan penularan virus. Selain itu, bukti tersebut juga menunjukkan bahawa AS dan beberapa negara Barat yang lain sedang mengumpulkan dan memindahkan secara terancang sampel biologi di Ukraine dan mungkin telah menjalankan penyelidikan biologi yang menyasarkan populasi etnik yang tertentu,” kata Zhao.

Menurut Zhao, China mengalu-alukan penilaian bersama masyarakat antarabangsa terhadap dokumen yang disediakan Rusia dalam kerangka PBB dan BWC.