Iran Bersedia Kembali ke Rundingan Seawal Mungkin

2022-03-16 14:47:12  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi telah menghubungi rakan sejawatnya dari Iran, Abdollahian menerusi telefon semalam.

 

Abdollahian terlebih dahulu mengucapkan tahniah atas kelancaran berlangsungnya persidangan dalam kerangka Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), seterusnya memaklumkan kemajuan terkini rundingan pelaksanaan perjanjian komprehenif isu nuklear Iran dan menyatakan pihaknya bersedia kembali ke rundingan berkenaan seawal mungkin untuk menyelesaikan butiran yang belum diatasi dengan pelbagai pihak. Akhirnya, beliau mengucapkan terima kasih kepada China yang memainkan peranan yang bersifat membina dalam rundingan berkenaan dan berharap terus mendapat sokongan daripada China.

 

Wang Yi pula menyatakan bahawa China sentiasa menyokong perjanjian tersebut dicapai secepat mungkin dan memegang sikap terbuka terhadap sebarang usaha demi matlamat berkenaan. China memahami keprihatinan rasional pihak Iran, menyokong Iran mempertahankan hak dan kepentingan yang wajar serta menentang sekatan sepihak tanpa rujukan undang-undang antarabangsa. Menghadapi perubahan drastik dalam situasi serantau dan antarabangsa, Wang berkata, China bersedia meningkatkan kerjasama dan penyelarasan dengan Iran untuk mendorong penyelesaian masalah nuklear ke arah yang berfaedah bagi kestabilan dan keamanan serantau.