Xi Utus Kawat Tahniah kepada Presiden Turkmenistan Baharu

2022-03-16 14:39:14  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping semalam mengutus kawat tahniah kepada Serdar Berdimuhamedow atas terpilihnya sebagi Presiden Turkmenistan.

Xi menyatakan bahawa Turkmenistan telah mencapai perkembangan pesat dalam pembangunan negara dan usaha membangkitkan bangsa dalam tempoh 30 tahun lalu. Sebagai jiran muhibah dan rakan strategik, China berasa gembira dapat menyaksikan pencapaian itu.

Xi amat mementingkan hubungan China-Turkmenistan, bersedia bersama-sama dengan Berdimuhamedow mengambil kesempatan ulang tahun ke-30 terjalinnya hubungan diplomatik antara kedua-dua negara membuka lembaran baharu dalam mendorong perkongsian strategik.