Kesemua 3 Juta Penduduk Miskin Dibantu Keluar dari Belenggu di Xinjiang

2022-03-17 13:30:22  CRI
Share with:

Kehidupan penduduk Wilayah Autonomi Xinjiang  yang baru dibantu keluar dari belenggu kemiskinan menjadi semakin baik berkat  mekanisme pemantauan dan bantuan, langkah mengembangkan perindustrian, bantuan dalam pengambilan pekerjaan dan jaminan sosial yang bersepadu.

Demikian dinyatakan jurucakap kerajaan Xinjiang, Xu Guixiang pada sidang media hari  ini.

Xu berkata, hak hidup dan hak pembangunan adalah hak asasi manusia yang paling diutamakan di China. Dilihat dari segi alam sekitar dan sejarah, Xinjiang khususnya bahagian selatannya yang mempunyai ekologi alam persekitar yang agak buruk, pernah antara medan perjuangan utama  dalam kempen pembanterasan kemiskinan di peringkat  kebangsaan.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, Xinjiang  bukan sahaja sudah mencapai kejayaan dalam memperjuangkan matlamat ‘tidak  bimbang akan makanan dan pakaian, mendapat jaminan pendidikan wajib, perubatan asas dan keselamatan rumah’, tetapi juga menyaksikan peningkatan ketepatan dan  kepantasan dalam pembasmian kemiskinan. Boleh dikatakan bahawa Xinjiang sudah  menang dalam memerangi kemiskinan pada hujung tahun 2020, terbukti dengan  kesemua 3 juta penduduk miskin di wilayahnya sudah dibantu keluar dari  belenggu.