Xi : Kedamaian dan Keselamatan Rupakan khazanah yang Paling Dihargai oleh Masyarakat Antarabangsa

2022-03-18 23:06:58  CRI
Share with:

Perhubungan melalui pautan video antara Presiden China Xi Jinping dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Joe Biden telah diadakan malam tadi. Dua pemimpin ini bertukar-tukar pendapat mengenai hubungan dua hala serta isu-isu yang menjadi perhatian bersama termasuk situasi Ukraine.

Xi menyatakan bahawa situasi antarabangsa telah mengalami perubahan yang amat besar sejak pertemuan mereka secara maya pada bulan November tahun lalu. Kami keberatan melihat krisis Ukraine berkembang pada tahap sekarang ini. Situasi terkini membuktikan sekali lagi bahawa hubungan negara tidak boleh berkembang ke peringkat bertempur, konflik dan konfrontasi tidak selaras dengan kepentingan sesiapa pun, dan kedamaian serta keselamatan merupakan khazanah yang patut paling dihargai oleh masyarakat antarabangsa. Selaku dua anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dan dua entiti ekonomi terbesar di dunia, kami (China dan AS) bukan sahaja perlu memandu hubungan bilateral berkembang mengikut landasan yang betul tetapi juga perlu memikul tanggungjawab antarabangsa sejawarnya, dan menyumbang kepada kedamaian dan keamanan dunia.