Hasil Kemenangan Perang Anti-Fasis Dunia Harus Dihormati dan Dipatuhi

2022-03-18 12:59:02  CRI
Share with:

Hasil kemenangan perang anti-fasis dunia harus dihormati dan dipatuhi dengan bersungguh-sungguh. Kenyataan ini dikeluarkan jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian kepada Jepun dalam sidang media semalam.

Menurut laporan berkenaan, Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida ketika menyampaikan ucapan tentang konflik Rusia-Ukraine pada Rabu lalu menyatakan bahawa masyarakat antarabangsa sepatutnya bersatu-padu, serentak itu Jepun menuntut China memikul tanggungjawab dan mengambil tindakan. Selain itu, kerajaan Jepun sudah mengumumkan sejumlah langkah sekatan terhadap Rusia dan menyebut kepulauan Sakhalin Selatan adalah wilayah Jepun yang diduduki Rusia secara haram, dan pihaknya mempertimbangkan akan memperhebat kekuatan pertahanan negaranya dengan menyeluruh melalui pemindaan 'strategi keselamatan negara'.  

Sehubungan itu, Zhao menyatakan bahawa kita sudah memperhatikan sesetengah tokoh politik Jepun yang sengaja membesar-besarkan ancaman luar dengan menggunakan isu Ukraine sebagai topik dan cuba memperkukuh kekuatan ketenteraan negaranya. China mendesak Jepun merenung kembali sejarah pencerobohannya dan mengambil iktibar daripadanya, menghormati keprihatinan keselamatan negara jiran, mengekalkan pembangunan secara damai dan mengambil tindakan yang berfaedah bagi kedamaian dan kestabilan serantau.

Zhao menekankan, China sentiasa komited kepada usaha menggalakkan rundingan damai untuk menangani isu Ukraine, dan pendirian China adalah objektif, adil dan konstruktif.