China Tingkatkan Ketepatan dan Kepantasan Kawal COVID-19

2022-03-18 14:37:41  CRI
Share with:

Jawatankuasa Tetap Biro Politik Pusat Parti Komunis China (PKC) mengadakan mesyuarat semalam untuk menyeliti situasi penularan wabak COVID-19,  dan mengatur kerja selanjutnya tentang peningkatkan ketepatan dan kepantasan dalam pencegahan dan kawalan wabak COVID-19.

Ketika menyampaikan ucapan dalam mesyuarat tersebut, Presiden China, Xi Jinping menekankan bahawa pelbagai pihak perlu menyedari usaha pencegahan dan kawalan wabak di dalam dan luar negara masih agak mencabar dan rumit. Oleh itu, kerja berkenaan perlu dijalankan dengan lebih tepat dan pantas.

Menurut beliau, hendaklah berpandukan 'kepentingan dan nyawa rakyat paling diutamakan', berusaha menangkis penularan pandemik melalui pelaksanaan langkah saintifik. Selain itu, hendaklah meningkatkan ketepatan dan kepantasan dalam pencegahan dan kawalan wabak di samping terus mengemaskini langkah berkenaan, meningkatkan penerokaan vaksin, ujian asid nukleit dan ubat-ubatan. Sementara itu, usaha pencegahan dan kawalan wabak perlu diselaraskan dengan pembangunan sosioekonomi, dan langkah yang lebih pantas perlu diambil untuk meminimumkan impak wabak terhadap pembangunan sosioekonomi.

Pada masa kebelakangan ini, jumlah kes jangkitan wabak meningkat di banyak tempat serata China. Oleh itu, pihak-pihak berkenaan termasuk setiap individu perlu menjalankan usaha pencegahan dan kawalan wabak secara lebih ketat demi membendung penularan wabak di sesetengah kawasan yang paling terkesan.

Selain itu, keutamaan juga perlukan diberikan terhadap usaha memastikan kehidupan seharian penduduk terjamin, pembekalan barang keperluan harian berada dalam keadaan yang stabil, dan perkhidmatan perubatan untuk rakyat juga tidak terjejas.