Pembedahan Pemindahan Organ Pertama di Hospital Persahabatan China-Sri Lanka

2022-03-18 14:04:37  CRI
Share with:

Hospital Pakar Nefrologi Kebangsaan Persahabatan China-Sri Lanka (dirujuk sebagai Hospital Persahabatan China-Sri Lanka), yang dibina dengan bantuan kerajaan China, baru-baru ini berjaya melakukan pembedahan pemindahan buah pinggang penderma hidup.

Ia sekali gus menjadi pembedahan pemidahan organ pertama selepas hospital tersebut dirasmikan.

Menurut taklimat pihak hospital, penerima pemindahan itu adalah seorang wanita berusia 28 tahun yang menghidap penyakit buah pinggang selama 10 tahun.

Selepas cadangan dan demonstrasi pakar yang berwibawa, pihak hospital memutuskan untuk menerima buah pinggang diderma oleh ibu pesakit.

Kini, kedua-dua beranak itu berada dalam keadaan normal selepas pembedahan, dan kedua-dua pihak kakitangan perubatan dan pesakit sangat berpuas hati dengan hasil pembedahan.

Pengarah hospital tersebut dalam satu kenyataan memberitahu bahawa, kejayaan pembedahan pemindahan itu merupakan permulaan yang baik, selain membantu hospital itu menjadi platform pemindahan buah pinggang yang penting di Sri Lanka dan rantau Asia Selatan.

Hospital Persahabatan China-Sri Lanka yang terletak di kawasan Polonnaruwa, pertengahan Sri Lanka dirasmikan pada bulan Jun tahun 2021.

Dengan keluasan 25,000 meter persegi, hospital ini menempatkan 200 katil pesakit biasa dan 100 katil hemodialisis serta turut memberi rawatan sekitar 200 pesakit setiap hari.