Wakil China Huraikan Cadangan Hak Asasi Manusia di PBB

2022-03-18 14:06:18  CRI
Share with:

Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) di Geneva, Chen Xu menghuraikan cadangan hak asasi manusia China dan makna penting Inisiatif Pembangunan Sejagat pada Khamis lalu.

Semasa membincangkan tentang topik mendorong dan melindungi hak asasi semua orang pada sesi ke-49 Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC), Chen menyatakan, keadaan hak asasi sesebuah negara tidak boleh dinilai berdasarkan piawaian luar, melainkan dinilai oleh rakyatnya sendiri. Amalan dwistandard dan mencampuri urusan dalaman negara lain dengan beralasan hak asasi manusia perlu ditolak.

“ Inisiatif Pembangunan Sejagat yang dikemukakan Presiden China Xi Jinping dan seruan beliau mengenai masyarakat antarabangsa mempercepat langkah pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan PBB menjelang 2030 bagi mewujudkan pembangunan sejagat yang lebih kuat, hijau dan sihat telah mendapat respons dan sokongan dari PBB dan lebih seratus negara. Ini merupakan satu lagi produk awam yang disumbangkan China untuk mendorong pembangunan hak asasi manusia di dunia.

“China komited bersama dengan pelbagai negara, merintis jalan dan melaksanakan inisiatif ini bagi menggalakkan pembangunan dan kerjasama global yang melibatkan semua negara.” kata Chen.