China Wakili Lebih 60 Negara Seru Pengagihan Vaksi secara Adil

2022-03-18 13:41:28  CRI
Share with:

Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) di Geneva, Chen Xu menyeru pengagihan vaksin COVID-19 dilakukan secara adil di  dunia.

Semasa sesi ke-49 Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) pada Khamis lalu, wakil China mewakili lebih 60 negara berkata program vaksinasi menyaksikan kemajuan yang ketara di dunia dengan usaha bersama masyarakat antarabangsa pada dua tahun lalu. Namun masalah pengagihan vaksin COVID-19 yang tidak adil dan tidak seimbang tetap menonjol di dunia  sehingga sekarang.

“Jalan panjang masih diperlukan bagi mencapai matlamat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), iaitu 70 peratus populasi dunia dapat diberi peluang menerima suntikan vaksin COVID-19 menjelang pertengahan tahun 2022.  Jurang ketaksamaan kadar vaksinasi  tetap menjadi halangan terbesar dalam usaha memerangi pandemik pada masa kini, memandangkan hanya terdapat 5% populasi di negara yang berpendapatan rendah yang sudah lengkap vaksinasi, jauh lebih rendah daripada negara berpendapatan tinggi. Ini akan memburukkan lagi masalah ketidaksamarataan global.

“Kami mengalu-alukan mesyuarat peringkat tinggi Perhimpunan Agung PBB mengenai vaksin COVID-19, menyeru semua negara mengutamakan hak kehidupan dan kesihatan rakyat, mengekalkan komitmen untuk menjadikan vaksin COVID-19 'produk awam global', dan memastikan pengagihan vaksin dilakukan secara adil dan saksama.” kata Chen.

 Menurut Chen lagi, masyarakat antarabangsa dikehendaki berpandukan perpaduan dan kerjasama, meningkatkan bantuan kepada negara-negara membangun melalui mekanisme pelbagai hala, dan menjadikan vaksin dan produk kesihatan lain semakin terjangkau dan mampu milik di negara membangun, khususnya di negara yang paling mundur.