AS, Britain Bertanggungjawab atas Penderitaan Rakyat Syria

2022-03-19 15:41:44  CRI
Share with:

Perbincangan mengenai isu Syria telah diadakan dalam Sesi ke-49  Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) semalam.

Utusan Misi China ke pejabat PBB di Geneva dan pertubuhan antarabangsa lain di Switzerland, Jiang Duan ketika menyampaikan ucapan menyatakan bahawa AS dan Britain tidak boleh menghindarkan diri dari memikul tanggungjawab atas penderitaan rakyat Syria. Serangan udara yang dilancarkan berulang kali oleh AS dan Britain terhadap Syria telah mengakibatkan kematian dan kecederaan rakyat jelata dalam bilangan yang besar. AS dan Britain seharusnya menjalankan siasatan terhadap kejadian yang mengakibatkan kematian dan kecederaan rakyat Syria dalam serangan udara tersebut, menjatuhkan hukuman kepada orang yang disabitkan kesalahan dan menghentikan perompakan terhadap sumber Syria.