Xi, Biden Berbual Menerusi Pautan Video

2022-03-19 13:39:14  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping telah berbual dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menerusi telefon video seperti yang dijadualkan malam semalam waktu Beijing. Pemimpin kedua-dua negara telah bertukar-tukar pandangan secara ikhlas dan mendalam mengenai hubungan bilateral, situasi Ukraine serta isu lain yang menarik perhatian nersama.

Joe Biden menegaskan bahawa pihaknya tidak akan mengejari "perang dingin baharu" terhadap China, tidak bertujuan mengubahi sistem China dan menentang China melalui perikatan persekutuan, tidak menyokong kuasa "Merdeka Taiwan" dan mencetuskan konflik dengan China. Tambah beliau, AS bersedia bersama China mengadakan dialog yang ikhlas, meningkatkan kerjasama, mengekalkan pelaksanaan dasar 'Satu China', dan meningkatkan kepantasan dalam mengawal persaingan dan perselisihan demi mendorong kestabilan dan pembangunan hubungan AS-China. Dan akhirnya, Biden mengeluarkan kesediaan untuk mengekalkan pertukaran rapat dengan Presiden Xi.

Xi pula menunjukkan bahawa sesetengah orang AS mengeluarkan isyarat yang salah kepada kuasa "Merdeka Taiwan". Hal ini sungguh membahayakan. Menurut beliau, hubungan China-AS akan terbabas dari landasan perkembangan yang betul jika masalah Taiwan gagal ditangani dengan baik. Oleh itu, AS diharap mengambil berat terhadap isu berkenaan. Xi berkata, hubungan China-AS sekarang ini tidak terlepas dari kecuaian sesetengah orang AS yang tidak melaksanakan kata sepakat yang tercapai pemimpin kedua-dua negara, dan kesalahfahaman AS terhadap kehendak strategik China.

Xi menekankan perselisihan kekal wujud antara satu sama lain baik pada masa dahulu, sekarang mahupun pada masa hadapan. Namun kuncinya adalah mengawal perselisihan itu dengan baik. Hubungan China-AS yang stabil dan berkembang akan membawa manfaat ke pada kedua-dua pihak.

Kedua-dua pemimpin tersebut juga bertukar-tukar pandangan tentang situasi Ukraine. Menurut Xi, China sentiasa menjunjung keamanan dan menentang peperangan. China menyokong dan melindungi undang-undang antarabangsa dan prinsip asas hubungan antarabangsa yang diterima umum. Oleh itu, pelbagai pihak terbabit perlu menyokong rundingan dialog antara Rusia dengan Ukraine sehingga membantu mereka mencapai keamanan.  AS dan NATO juga dikehendaki mengadakan dialog dengan Rusia untuk memudahkan penyelesaian krisis Ukraine dari punca di sebaliknya dan membantu menghapuskan kerisauan Rusia dan Ukraine dalam bidang keselamatan.

Xi menegaskan China sentiasa berusaha demi keamanan dan akan terus memainkan peranan yang bersifat membina.

Pada pandangan pemimpin kedua-dua negara ini, dialog menerusi pautan video kali ini cukup konstruktif. Arahan sudah diberikan kepada jabatan berkenaan dari kedua-dua pihak untuk melaksanakan tindakan hakiki untuk membuatkan hubungan China-AS kembali ke landasan yang stabil dan berkembang maju di samping memainkan peranan sewajarnya masing-masing bagi menyelesaikan krisis Ukraine.