China Bantah Dakwaan AS Berhubung Isu Xinjiang

2022-03-20 14:42:14  CRI
Share with:

Sidang peringatan Hari Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Perkauman diadakan dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-76 pada Jumaat lalu.

Timbalan Wakil Tetap China di PBB, Duta Besar Dai Bing ketika berucap pada sidang tersebut berkata, dakwaan Amerika Syarikat(AS) berhubung "genosid" dan “pencabulan hak asasi” di Xinjiang merupakan bohong belaka dan konspirasi politik arahan sendiri.

"Dalam lebih 60 tahun lalu, agregat ekonomi Xinjiang bertambah lebih 160 kali ganda, jumlah orang etnik Uygur di wilayah itu meningkat daripada 2.2 juta kepada lebih 12 juta dengan purata jangka hayat penduduk Xinjiang meningkat daripada 30 tahun kepada 74.7 tahun," katanya.

Menurut Dai, sejak AS ditubuhkan, pembunuhan dan penjarahan yang dilakukan kerajaannya mengakibatkan jumlah penduduk Indian menjunam daripada 5 juta pada tahun 1492 kepada 250 ribu pada awal abad ke-20. Inilah dosa kerajaan AS yang tidak dapat dinafikan.

"Sejak tercetusnya pandemik COVID-19, jumlah kes jenayah akibat kebencian terhadap keturunan Asia berturut-turut meningkat di AS susulan hasutan politikus negara itu. Sebagai contoh, jumlah kes jenayah yang menyasarkan keturunan Asia melambung 361% di New York pada tahun 2021 berbanding dengan tahun 2020. Wakil AS di PBB pun menyifatkan gejala itu sebagai diskriminasi perkauman yang berdarah," katanya.