Wang Yi: Anjuran China adalah Objektif dan Adil

2022-03-20 13:31:13  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping telah membentangkan dengan jelas dan menyeluruh pendirian negara ini dalam isu Ukraine, dan menunjukkan isyarat yang paling penting bahawa China sebagai kuasa pelindung kedamaian dunia sentiasa komited memelihara kedamaian dan menentang perang. Dasar luar yang konsisten ini  berasaskan tradisi sejarah dan kebudayaan China. China akan terus bersikap objektif dan adil serta berinisiatif dalam membuat keputusan berasaskan kebenaran yang wujud, dan tidak menunduk kepada apa pun ancaman dan tekanan daripada luar, dan juga menentang sebarang tuduhan dan kecurigaan yang tidak beralasan.

Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi berkata demikian ketika memperkenalkan hal mengenai pertukaran pendapat antara Presiden China dan Amerika Syarikat melalui pautan video tentang isu Ukraine kepada wartawan pada malam Sabtu.   

Wang menekankan bahawa Presiden Xi telah mengeluarkan cadangan China bagi menyelesaikan krisis Ukraine. Tugas yang mendesak adalah bersama-sama mendorong dialog dan rundingan antara pihak-pihak terlibat, mewujudkan gencatan senjata dengan secepat mungkin, mengelakkan kematian dan kecederaan rakyat jelata khususnya mencegah berlakunya krisis kemanusiaan. Visi untuk suatu tempoh masa yang panjang kelak melibatkan penyingkiran mentaliti perang dingin dan konfrontasi antara blok, serta pembentukan kerangka keselamatan serantau yang seimbang, berkesan dan mampan untuk mewujudkan keamanan yang berkekalan di benua Eropah.

Wang berkata, pendirian China selaras dengan hasrat kebanyakan negara lain dan akan terbukti  betul.