Sistem BeiDou Digunakan di Kereta Api Bawah Tanah

2022-03-21 14:28:09  CRI
Share with:

Sistem satelit navigasi BeiDou kegunaan kereta api bawah tanah pertama di China mula dibina di laluan Lapangan Terbang Beijing hari ini. Ia merupakan sistem navigasi dan penentududukan dalam bangunan terbesar di negara ini.

Dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini, projek tersebut meliputi laluan lapangan terbang sepanjang 30 kilometer Beijing dan 5 stesen.

Sistem penentududukan BeiDou itu dapat meningkatkan ketepatan penentududukan di ruangan bawah tanah sehingga ke tahap kurang daripada dua meter. Ini bukan sahaja boleh digunakan dalam penjadualan kenderaan, pengangkutan penumpang dan menangani situasi kecemasan, tetapi juga boleh membantu penumpang menggunakan fungsi navigasi di ruangan kereta api bawah tanah yang agak rumit dengan navigasi tiga dimensi melalui telefon pintar.

Sistem tersebut dipercayai dapat mengoptimumkan perkhidmatan pintar dalam pengangkutan rel di bandar, membaiki pengalaman penumpang, meningkatkan keefisienan operasi, mengurangkan kos pengendalian dan lain-lain.