Pesawat Boeing-737 Membawa 132 Orang Terhempas di Guangxi

2022-03-21 17:35:34  CRI
Share with:


Sebuah pesawat Boeing-737 kendalian syarikat penerbangan China Eastern terhempas di kawasan hutan di Wuzhou, wilayah Guangxi China petang tadi.


Pesawat yang membawa 132 orang, termasuk 9 anak kapal itu kehilangan hubungan dalam perjalanan dari Kunming ke Guangzhou sebelum disahkan terhempas.


Jabatan Penerbangan Awam telah menggerakkan mekanisme kecemasan dan menghantar krew ke lokasi nahas.