UNHRC Diseru Tumpukan Isu Hak Orang Asli Diceroboh

2022-03-22 14:42:11  CRI
Share with:

Hak asasi manusia orang asli yang diceroboh di beberapa negara harus diberi perhatian tinggi oleh Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-bangsa Bersatu (UNHRC) dan langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil.

Demikian disuarakan oleh Jiang Duan dari delegasi China ke PBB di Geneva, ketika menyampaikan ucapan bersama mewakili negara-negara yang mempunyai pandangan mirip dalam sesi ke-49 UNHRC pada Isnin.

Beliau berkata, negara-negara berkaitan menindas dan mencerobohi hak asasi mansusia dan kebebasan orang asli, merampas tanah dan sumber mereka. Kanak-kanak orang asli dihantar ke 'sekolah asrama' untuk diasimilasi, yang mengakibatkan ramai kematian tidak normal. Hakikat berkaitan tersembunyi sehingga kini.

Ucapan bersama itu juga menuntut negara berkaitan membetulkan kesalahan, menjalankan penyiasatan terhadap kes mencerobohi hak dan kepentingan orang asli serta memberi pampasan kepada mangsa. UNHRC diseru terus menumpukan perhatian terhadap isu tersebut dan mengambil tindakan yang wajar.