Ekologi Air China Bertambah Baik

2022-03-22 15:07:03  CRI
Share with:


Parameter fizikokimia persekitaran air China kini bukan sahaja menghampiri, malah melepasi sesetengah negara maju berikutan pelaksanaan “kempen air jernih” yang berterusan.

Demikian dimaklumkan Kementerian Ekologi dan Alam Sekitar China sempena Hari Air Sedunia yang disambut pada hari ini.

Dalam pada itu, kualiti air Sungai Yangtze turut kekal pada paras yang baik susulan pelaksanaan siri pendekatan secara pintar dan bersasar sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Daerah Jiangxia, bandar Wuhan yang terletak di kawasan aliran Sungai Yangtze mempunyai hampir 150 tasik dengan saiz yang berbeza.

Program yang dikenali “air jernih mengalir ke sungai” kendalian pihak berkuasa tempatan memainkan peranan penting bagi mencegah pengaliran air tercemar ke sungai dan tasik.


Dengan pembinaan jaringan paip saluran air dan loji rawatan air kumbahan secara serentak, program yang turut didukung teknologi pintar itu mampu mengumpulkan semua air tercemar dan menguruskannya secara menyeluruh dan berkesan.

Selain itu, pemuliharaan keadaan ekologi sungai dan tasik juga diberi keutamaan dalam usaha perlindungan air di China ketika ini.

Ia termasuk program “hutan bawah air” di kaunti Deqing, provinsi Zhejiang yang mula dilaksanakan pada 2018 bagi memulihkan sistem ekologi di tasik dan kolam.

Dengan penanaman tumbuhan akuatik, program itu menyasar membentuk rangkaian makanan seimbang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan dan pelbagai jenis hidupan air seperti ikan dan udang.