"Kuliah Tiangong" Kedua Dijadual Petang Esok

2022-03-22 15:03:29  CRI
Share with:


Kru kapal angkasa Shenzhou-13 akan tampil lagi untuk memberikan kuliah di Stesen Angkasa Lepas Tiangong pada Rabu.

Menurut pengesahan oleh Pejabat Kejuruteraan Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSEO), sesi kedua “Kuliah Tiangong" dijadualkan bermula pada pukul 3.40 petang dan disiarkan secara langsung menerusi Kumpulan Media China (CMG).

Difahamkan, tiga angkasawan iaitu Zhai Zhigang, Wang Yaping dan Ye Guangfu akan berkongsi pengisian menarik dalam slot interaksi bersama golongan belia di Bumi.

Demonstrasi siri eksperimen fizik yang disampaikan mereka dalam keadaan graviti sifar merupakan antara isi kandungan kuliah yang menggamit minat pelajar.

Antaranya termasuk ujian membabitkan tegangan permukaan air, pemisahan minyak dan air, dan momentum tanpa graviti.

Dalam pada itu, ketiga-tiga mereka akan mempamerkan fasiliti dan peralatan yang dilengkapi di stesen angkasa berkenaan.

Selain itu, kuliah tersebut juga akan menganjurkan sesi Soal Jawab untuk berinteraksi dengan pelajar yang ingin mengajukan soalan.