Punca Nahas MU5735 Disiasat

2022-03-23 12:40:55  CRI
Share with:

Kumpulan kerja khas yang diketuai Naib Perdana Menteri China, Liu He dan ahli Dewan Negara, Wang Yong tiba di Wuzhou, wilayah Guangxi China pada Selasa untuk memimpin operasi mencari dan menyelamat (SAR), dan kerja penyiasatan berkaitan nahas pesawat MU5735 kendalian China Eastern Airlines yang terhempas pada Isnin lalu.

Selepas tiba di Wuzhou pada awal pagi Selasa, kumpulan kerja khas itu segera mengadakan mesyuarat untuk mengkaji kerja-kerja berkaitan, dan menubuhkan pusat arahan dan kumpulan penyiasat.

Sekarang, kerja SAR dan penyiasatan punca nahas sedang dijalankan, dan kotak hitam pesawat masih belum ditemui.