Pokok Pakis Aji

2022-03-23 20:30:01  CRI
Share with:

Terdapat sejumlah pokok pakis aji (Alsophila Spinulosa) di sekeliling kampung Dela, kaunti Rongjiang, provinsi Guizhou yang sejak sekian lama tumbuh di bawah jagaan penduduk tempatan. Pokok spesies ini dikenali sebagai pokok yang sangat berharga yang kemunculan paling awalnya dikenalpasti pada zaman dinosaur. 

Wartawan yang dipandu penduduk tempatan memasuki hutan di sekitar kampung Dela untuk mencari pokok pakis aji baru-baru ini.

Pegawai kampung Dela, kaunti Rongjiang, Guizhou, Pan Songwei berkata,  "Terdapat kira-kira 2,000 batang pokok pakis aji tumbuh di kawasan seluas 1.86 hektar di sekeliling kampung kami."

Pokok pakis aji (Alsophila Spinulosa) yang tersenarai sebagai tumbuhan liar kategori kedua dalam perlindungan peringkat kebangsaan di China, adalah satu-satunya tumbuhan kayu jenis pakis yang telah ditemukan setakat ini. 


Pokok yang paling menonjol dalam hutan pakis aji tersebut adalah sebatang yang mendapat gelaran dari penduduk tempatan sebagai “Raja Pakis Aji”, dengan tingginya kira-kira lima meter dan diameternya lebih kurang 28 sentimeter.

Pada masa ini, hutan pakis aji di kampung Dela tesebut bukan sahaja mendapat jagaan spontan dari penduduk kampung, tetapi juga mendapat perlindungan dari jabatan perhutanan yang sudah pun menjadikannya sebagai sasaran penyelidikan.