AS Tidak Berhak Menuding Jari Isu Xinjiang

2022-03-23 15:09:23  CRI
Share with:

China menuntut Amerika Syarikat (AS) menghadapi dan menangani isu hak asasi manusia sistemetik dan jangka panjangnya sendiri, tetapi bukan menjunjung panji hak asasi manusia untuk menjejaskan hak asasi manusia negara lain.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata demikian kektika membidas pembohongan oleh Setiausaha Negara AS, Antony Blinken melilbatkan isu Xinjiang dalam sidang taklimat pada Selasa.

Wang berkata, bertambahnya sekali pembohongan AS tentang Xinjiang diulang, makin terdedahnya hipokri negara itu sebagai 'penjaga' hak asasi manusia.

Dalam menghadapi berjuta-juta nyawa orang Indian terbunuh akibat genosid, AS patut bertaubat dengan ikhlas atas jenayah yang dilakukannya, tetapi bukan mencemarkan nama negara lain.

Dalam menghadapi kira-kira sejuta nyawa yang hilang akibat penularan pandemik COVID-19, lebih 40 ribu mangsa akibat keganasan senjata setiap tahun dan beribu-ribu mangsa diskriminasi ras, AS patut mengkaji masalah hak asasi manusia di negaranya sendiri tetapi bukannya menuding jari pada negara lain.

Peperangan yang dilancarkan AS di Iraq, Syria, Afghanistan dan negara-negara lain mengakibatkan 330 ribu orang terkorban dan lebih 26 juta orang menajadi pelarian. AS sepatutnya memohon ampun kepada masyarakat antarabangsa, bukannya dengan angkuh menganggap diri sebagai 'guru hak asasi manusia'.

Sekiranya AS membetulkan masalah tersebut, situasi hak asasi manusia di dunia pasti akan menjadi lebih baik.