Kanak-kanak HK Terima Vaksin COVID-19

2022-03-23 18:32:07  CRI
Share with:

Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong China (HKSAR) melancarkan program vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 yang sedang berleluasa di wilayah itu dan turut menarik ibu bapa membawa anak mereka menerima suntikan vaksin.

Setakat malam 21 Mac lalu, sebanyak 304,701 individu atau 57.8 peratus populasi kanak-kanak berusia tiga hingga 11 tahun di HK telah menerima dos pertama vaksin COVID-19.