China Penyumbang Besar Pembangunan Meteorologi Global: WMO

2022-03-23 12:37:04  CRI
Share with:

China memainkan peranan semakin penting dalam pembinaan daya meteorologi dunia dan menyumbang besar kepada perkembangan usaha meteorologi global, pasti berperanan lebih positif dalam kerjasama meteorologi antarabangsa.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), Petteri Taalas ketika diwawancara eksklusif oleh Kumpulan Media China (CMG) bersempena Hari Meteorologi Sedunia yang jatuh kepada hari ini, yang juga ulang tahun ke-50 pemulihan kerusi sah China di WMO.

Petteri Taalas menyatakan, sejak 50 tahun lalu memulihkan kerusi di WMO, China telah mencapai prestasi cemerlang dalam usaha memelihara dan menaiktaraf sistem urusan WMO, menangani perubahan iklim global, dan mencegah bencana alam. Pada masa sama, China menyumbang besar dalam kerjasama meteorologi serantau pelbagai hala atau dua hala, berprestasi cemerlang dalam latihan pendidikan dan bantuan kepada negara kurang maju dalam bidang meteorologi.