China Sokong Negara-negara Arab Tempuh Jalan Pembangunan Sendiri

2022-03-24 12:34:03  CRI
Share with:

China menyeru masyarakat antarabangsa untuk menyokong negara-negara Arab menempuh jalan pembangunan yang sesuai dengan keadaan sendiri.

Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun dalam mesyuarat peringkat tinggi mengenai kerjasama Majlis Keselamatan PBB dengan Liga Arab semalam menyatakan bahawa sejak sekian lama, keselamatan dan pembangunan adalah dua sasaran utama yang dikejar oleh negara-negara Arab.

Mewujudkan keamanan, ketenteraman dan kemakmuran negara dan serantau adalah aspirasi bersama rakyat seluruh dunia Arab. Masyarakat antarabangsa harus memainkan peranan yang membina dalam menyokong negara-negara Arab untuk meneroka secara bebas jalan pembangunan yang sesuai dengan keadaan negara mereka sendiri, menentukan masa depan dan nasib negara mereka secara bebas.