Pemartabatan Bahasa Etnik Tibet Diutamakan

2022-03-24 14:11:57  CRI
Share with:

Tanggal 28 Mac depan merupakan hari bersejarah kepada penduduk Tibet apabila mereka akan meraikan ulang tahun ke-63 pembebasan jutaan hamba tani tempatan.

Pada 1959, Tibet berjaya menghapuskan sistem hamba tani feudal menerusi pembaharuan demokratik.

Sejak detik itu, lebih sejuta hamba tani di wilayah tersebut dibebaskan daripada pengabdian, sekali gus menjadi tuan di tanah sendiri.

Selepas pembaharuan demokratik dilaksanakan, banyak sekolah rendah dan menengah mula dibina di sekitar Tibet.

Mulai 1961, pelbagai institusi pendidikan turut ditubuhkan secara beransur-ansur antaranya Sekolah Perguruan Lhasa, Universiti Tibet, Kolej Pertanian dan Penternakan Tibet, serta Kolej Vokasional Tibet.

Kini, sistem pendidikan moden yang lengkap telah dibentuk di Tibet, merangkumi prasekolah, vokasional, pengajian tinggi, pendidikan lanjutan dan pendidikan khas.

Selain itu, pembelajaran, penggunaan dan pemartabatan bahasa etnik minoriti juga diberi jaminan di sisi undang-undang.  

Sistem pengajaran secara dwibahasa iaitu bahasa etnik Tibet dan bahasa Mandarin telah diperkenalkan di kebanyakan sekolah rendah dan menengah di wilayah itu.