China Kekalkan Strategi 'Dinamik Sifar COVID'

2022-03-25 15:31:27  CRI
Share with:

Strategi 'dinamik sifar COVID' yang dilaksanakan kerajaan China merujuk kepada pengambilan langkah komprehensif untuk mengawal penularan wabak secara pantas apabila kes tempatan dilaporkan.


Pakar Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC), Liang Wannian berkata ia merupakan pilihan terbaik bagi China untuk membendung wabak buat masa ini.


Resipi 'dinamik sifar COVID' adalah 'awal, pantas dan tepat', iaitu bertindak serta-merta dalam tempoh 24 jam sebaik kes jangkitan dikesan, serta mengenal pasti golongan dan skop kawalan dengan tepat.

Pertama, selepas kes positif dilaporkan, pakar dan kakitangan perubatan di barisan hadapan mengesahkan punca jangkitan menerusi ujian asid nukleik dan saringan.


Kedua, kontak rapat dikenal pasti dengan tepat melalui penyiasatan epidemiologi dan teknologi data raya.


Ketiga, lingkungan kawasan tertutup ditentukan mengikut waktu jangkitan, golongan berisiko tinggi dan lain-lain. Penduduk di kawasan terbabit perlu menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari.

Dengan sokongan teknologi berkenaan, China mampu menyelesaikan ujian asid nukleik untuk sebuah bandar berpopulasi 10 juta dalam tempoh 24 jam sahaja.