China Alu-alukan Afghanistan Sertai Pembinaan BRI

2022-03-25 13:19:25  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi mengadakan rundingan dengan Naib Perdana Menteri kerajaan sementara Afghanistan, Abdul Ghani Baradar di Kabul, Afghanistan semalam.

Wang menyatakan bahawa China menanti-nantikan Afghanistan terus menubuhkan kerajaan inklusif dan melaksanakan dasar secara sederhana. China menghargai dan mengalu-alukan Afghanistan aktif menyertai pembinaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (BRI), dan bersedia untuk memanjangkan Koridor Ekonomi China-Pakistan ke Afghanistan, dan menjadikan Afghanistan sebagai jambatan yang menyambungkan negara-negara serantau.

Abdul Ghani Baradar pula berkata, pihaknya mengutamakan persahabatan antara kedua-dua negara ini dan menghargai bantuan China ketika rakyat Afghanistan berada dalam masa yang paling sukar, terutamanya sokongan melawan wabak dan bantuan kemanusiaan yang amat diperlukan oleh Afghanistan. Beliau menyatakan, Afghanistan bersedia memanfaatkan kelebihan geografinya yang unik, mengambil bahagian dalam pembinaan BRI sehingga menjadi jambatan kesalinghubungan serantau.