Ternakan Ayam Sanhuang, Jana Pendapatan

2022-03-25 10:23:51  CRI
Share with:

Industri penternakan ayam jenis Sanhuang dijadikan industri penyangga dalam pembangunan desa berdasarkan keadaan geografi tempatan di kaunti Xingye, wilayah Guangxi. Pengendaliannya yang bermodelkan gabungan sektor pengeluaran, pembekalan dan penjualan dengan diterajui syarikat besar terbukti berjaya dalam membantu pengusaha menjana pendapatan. Untuk rekod,  jumlah pengeluaran ayam Sanhuang di kaunti Xingye mencapai sekitar 130 juta ekor setahun, manakala telur 4,000 tan lebih.