AS dan NATO Diseru Berunding dengan Rusia

2022-03-26 14:43:52  CRI
Share with:

China konsisten berpendirian menangani krisis Ukraine berdasarkan hakikat dan komited untuk meredakan ketegangan, menyelesaikan krisis dan membina semula kedamaian.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata demikian dalam sidang taklimat semalam ketika mengulas tentang kenyataan bersama sidang kemucak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang melibatkan China.

Kenyataan NATO itu menyeru semua negara termasuk China memelihara order antarabangsa, termasuk prinsip memelihara kedaulatan dan keutuhan wilayah yang ditetapkan dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), jangan memberikan sebarang sokongan kepada Rusia atau membantunya mengelakkan sekatan.

Wang mengulas bahawa menghentikan peperangan adalah tugas paling mendesak pada masa ini, dan rundingan serta dialog adalah cara yang paling munasabah.

Masyarakat antarabangsa patut menggalakkan Rusia dan Ukraine mengadakan rundingan tetapi bukan meneruskan peperangan. Peningkatan konflik hanya akan mengakibatkan kecederaan dan kematian yang lebih teruk tetapi tidak mematuhi kepentingan mana-mana pihak. Sementara itu, peningkatan sekatan hanya akan membawa keuntungan kepada minoriti pihak sahaja, tetapi mengakibatkan sejumlah besar rakyat jelata menderita kesengsaraan. Amerika Syarikat (AS) dan NATO patut mengadakan dialog dengan Rusia, tetapi bukan melancarkan Perang Dingin baharu.

Wang menegaskan, China menentang dwistandard dalam hubungan antarabangsa. Kedaulatan dan keselamatan Ukraine perlu dipelihara, tetapi keprihatian Rusia yang munasabah juga perlu diambil kira.