Xi Utus Kawat Tahniah Sempena Ulang Tahun Ke-40 Ikatan Diplomatik China-Vanuatu

2022-03-27 15:20:52  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Vanuatu, Tallis Obed Moses saling menyampaikan perutusan tahniah bersempena ulang tahun ke-40 ikatan diplomatik kedua-dua negara.

Xi berkata, sejak penjalinan hubungan diplomatik kedua-dua negara 40 tahun yang lalu, rasa saling mempercayai dalam bidang politik kedua-dua negara semakin meningkat, kerjasama dan komunikasi dalam pelbagai bidang membawa limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara. Selain itu, kedua-dua negara tolong-menolong ketika membendung wabak COVID-19 yang turut merapatkan lagi persahabatan antara satu sama lain. Hubungan China dengan Vanuatu telah menjadi contoh bagi hubungan antara negara membangun yang saling menghormati dan bekerjasama.

Tallis Obed Moses dalam perutusannya berkata, China adalah rakan pembangunan penting dan sahabat yang boleh dipercayai bagi Vanuatu. Beliau berharap hubungan baik kedua-dua negara boleh dilonjakkan ke satu tahap baharu.