Kotak Hitam Kedua Pesawat MU5735 Ditemui

2022-03-27 15:05:21  CRI
Share with:

Kotak hitam kedua pesawat MU5735 kendalian China Eastern Airlines yang terhempas di wilayah Guangxi pada 21 Mc 2022 ditemui pagi tadi dan diserahkan kepada pakar penerbangan untuk kerja penyahkodan seterusnya.

Terdapat dua kotak hitam di dalam pesawat iaitu perakam suara kokpit dan perakam data penerbangan. Perakam suara kokpit telah ditemui pada Rabu lalu dan dihantar ke Beijing untuk pembaikan dan penyahkodan.