132 Mangsa Nahas China Eastern Airlines Disahkan Maut

2022-03-27 14:52:02  CRI
Share with:


Kesemua 132 penumpang dan anak kapal pesawat China Eastern Airlines yang terhempas di Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di selatan China 21 Mac lalu, disahkan terkorban.

Ibu pejabat tindak balas kecemasan negara untuk kemalangan pesawat MU5735 membuat pengumuman itu pada lewat Sabtu.

Timbalan Komander Ibu Pejabat dan Timbalan Ketua Pentadbiran Penerbangan Awam China, Hu Zhenjiang dalam sidang taklimat berkata, pihaknya telah mengatur kakitangan dari pelbagai jabatan, termasuk pasukan bomba, Tentera Pembebasan Rakyat (PLA), polis bersenjata, keselamatan awam, kesihatan dan kuarantin, untuk menjalankan siasatan besar-besaran di tapak nahas.

Hu menjelaskan, analisis pakar terhadap kandungan video dalam pelbagai peralatan pemantauan dan rakaman, data utama yang direkodkan oleh kemudahan seperti radar kawalan trafik udara, dan khususnya pengedaran serpihan di tapak nahas, mendapati bahawa tiada tanda-tanda kehidupan di tapak nahas.

Setakat ini, identiti 120 mangsa nahas pesawat itu telah disahkan melalui ujian DNA.