Rusia, Ukraine Terus Berunding Hujung Mac

2022-03-28 14:03:59  CRI
Share with:

Rundingan bersemuka pusingan baharu antara Rusia dan Ukraine dijadual diadakan pada hujung bulan ini, menurut wakil perunding kedua-dua negara.


Ketua perunding Rusia, Vladimir Medinsky menerusi akaun media sosialnya pada Ahad memaklumkan kedua-dua pihak memutuskan untuk duduk semeja berunding lagi pada 29 hingga 30 Mac.


Manakala, wakil perunding Ukraine, David Arakhamia dalam akaun media sosialnya berkata, rundingan pusingan seterusnya bakal berlangsung di Turki pada 28 hingga 30 Mac.