Konsep Berpaksikan Rakyat, Penggerak Pertumbuhan Berkualiti Tinggi China

2022-03-28 14:05:25  CRI
Share with:

Pertumbuhan ekonomi adalah tidak bermakna sekiranya ia tidak menambahbaik kehidupan rakyat.

Seperti yang ditekankan Presiden China, Xi Jinping, "misi kami adalah bagi memastikan agar harapan rakyat untuk hidup bahagia tercapai".

Kini, panduan yang berpaksikan rakyat itu sedang mendorong kepada pertumbuhan berkualiti tinggi China dan pembangunan bersama dunia.

Semasa berlangsungnya Forum Kerjasama Antarabangsa Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) Ke-2 pada 2019, seorang pelajar dari Laos, Khamphet Keomixay tidak dapat menyembunyikan keterujaannya untuk mendapat kereta api laju.

"Kereta api buatan China adalah yang paling cantik. Tidak lama lagi, negara kami juga akan mempunyai kereta api yang sama," ujarnya.

Dua tahun kemudiannya, impian itu akhirnya menjadi kenyataan apabila Kereta Api China-Laos beroperasi secara rasmi.

Landasan yang menghubungkan Kunming dan Vientiane itu bukan sahaja membawa masa depan cemerlang kepada kedua-dua negara, malah juga kepada rantau Asia Tenggara.

Tatkala dunia berdepan dengan masalah kompleks, China menginisiatifkan pendekatan multilateralisme, sehingga berjaya membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Menurut penyelidik Universiti Autonomi Kebangsaan Mexico, Jose Ignacio Martinez Cortes, China bukan sekadar mengadakan perbincangan, tetapi juga mengambil tindakan substantif berhubung multilateralisme.

Untuk rekod, Beijing telah membekalkan sebanyak 2.1 dos vaksin COVID-19 kepada lebih 120 buah negara dan pertubuhan antarabangsa selain turut mempraktikkan multilateralisme sebenar dalam perjuangan melawan wabak.

Kehidupan bahagia adalah matlamat bersama sesama insan yang tidak boleh dihalang dan China sedang berganding bahu dengan pelbagai negara dalam usaha membangunkan komuniti berkongsi nasib serta memakmurkan dunia.