Tuntutan Keterlaluan AS Halang Muktamad Perjanjian Nuklear

2022-03-28 12:50:37  CRI
Share with:

Rundingan perjanjian nuklear Iran melalui Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) kini hampir dimuktamadkan, namun masih wujud perselisihan pendapat dalam beberapa isu penting.

Menteri Luar Iran, Hossein Amir Abdollahian berkata, tuntutan keterlaluan daripada Amerika Syarikat (AS) merupakan halangan utama kepada pencapaian perjanjian berkenaan.

Dalam ucapan menerusi televisyen pada Sabtu, beliau memaklumkan rundingan itu telah mencapai kemajuan besar dalam menarik balik sekatan terhadap Iran. 

"Jika AS benar-benar ikhlas, ia patut membatalkan sekatan ke atas Iran menerusi langkah praktikal," ujarnya. 

Beliau turut menegaskan, sebelum mendapat komitmen yang kukuh, Iran tidak akan melepaskan hasilnya dalam program nuklear.