Jenayah Benci NY: 75 Peratus Warga Emas Keturunan Asia AS Takut Keluar

2022-03-28 14:38:37  CRI
Share with:

Satu tinjauan terkini di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan bahawa kira-kira tiga perempat warga emas keturunan Asia di New York (NY) takut untuk keluar berikutan kes keganasan anti keturunan Asia yang semakin mendadak.

 

Menurut media tempatan, Long Island Press pada Jumaat, tinjauan oleh Persatuan Keturunan Asia AS terhadap 153 orang warga tua keturunan Asia dan 15 buah komuniti di NY mendapati 75 responden takut untuk keluar dari rumah.

 

Data daripada Biro Politik NY menunjukkan bahawa jenayah kebencian yang menyasarkan penduduk tempatan keturunan Asia dan pulau Pasifik pada tahun 2021 meningkat sebanyak 343 peratus berbanding tahun 2020.

 

Untuk rekod, empat wanita keturunan Asia AS telah terbunuh dalam serangan keganasan dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.